Assalamua’alaikum semua
Pengalaman belajar PhD ini mungkin berbeza antara sesama kita. Di sini saya
ingin berkongsi pengalaman saya yang tak seberapa. Manalah tahu sedikit
sebanyak bermanfaat dan dapat dijadikan panduan.
MULA BELAJAR PhD
Selepas selesai Ijazah Sarjana Muda di UM saya terus sambung belajar
peringkat Master di UIA. Selepas saja lulus Master saya mula meninjau peluang
pekerjaan dan alhamdulillah mendapat tawaran sebagai pensyarah di UTM. Kiranya
saya mula belajar PhD setelah bekerja sebagai pensyarah di UTM, Skudai Johor.
Itupun setelah beberapa tahun. Agaknya kerana seronok dengan alam pekerjaan...maklumlah
dari kecil saya bercita-cita ingin menjadi seorang pensyarah Universiti.
CABARAN SEMASA BELAJAR PhD
Saya juga menempuh pelbagai cabaran semasa belajar PhD, antaranya:
- Jarak Jauh-Saya tinggal di Johor Bahru dan belajar di Universiti Malaya KL. Setiap kali ingin berjumpa supervisor bermakna saya terpaksa travel ke KL. Cara saya pula, saya sentiasa bawa suami dan anak-anak saya bersama setiap kali ke KL kerana sebab-sebab tertentu terutamanya saya tidak mahu berjauhan dengan anak-anak yang masih kecil.
- Bahasa-Kajian saya berkaitan status wanita Yahudi. Jadi mostly rujukannya ialah di dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana kajian saya ditulis dalam bahasa Melayu, saya perlu menterjemah bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris dan Arab. Boleh dikatakan ia satu tugas yang mencabar dan menuntut kesabaran juga.
- Kerjasama Untuk Interview – Dalam bab interview, saya tidak berjaya dalam usaha untuk mendapatkan kerjasama daripada Rabai Yahudi. Berkali-kali berusaha call dan hantar email, tak berjaya jua atas alasan mereka tidak bersedia. Akhirnya saya hanya dapat interview paderi Kristian.
STRATEGI SAYA
Susah kan nak Graduate on Time (GOT)? Strategi
saya ialah:
- Pilih Tajuk Yang Kita Minat
Pemilihan tajuk
sangat penting. Tajuk mestilah
bertepatan dengan kemampuan kita. Saya pilih tajuk yang saya minat kerana bila
ada minat mendalam, kita tak akan mudah lemah semangat, hilang fokus dan putus
asa walau apa pun rintangan yang menghalang.
- Bersungguh-sungguh Dari Awal
Jujurnya saya
takut-takut nak sambung PhD. Takut susah, takut ujian berat, takut tak mampu
etc. Tapi bila saja saya mendaftar,
saya buang segala perasaan negatif tu. Saya pastikan bulan pertama belajar dan
siap bab 1 dan diikuti bulan kedua siap bab 2, dan seterusnya..bab 3,4,5 siap
pada penghujung setiap semester.
- Komited
Saya cuba
berikan komitmen yang terbaik. Hasilnya cukup tempoh 2 tahun saya sudah selesai
menulis 5 bab tesis saya. Masa
selebihnya saya serahkan tesis untuk supervisor beri komen dan saya buat
penambahbaikan.
- Tidak Memanjakan Diri
Kalau saya
kepenatan atau hilang mood, saya rehatkan diri saya hanya seketika saja.
Kemudian saya cari semula kekuatan untuk sambung kajian. Saya biasakan diri,
setiap kali saya menulis tesis, saya siapkan at least 10-15 halaman untuk
memastikan target saya tercapai. Walaupun
ada anak kecil berumur 3 tahun yang selalunya turut sama berada di atas kerusi
berdiri di belakang saya J
- Kejar Target dan Disiplinkan Diri
Saya tetapkan target dalam penulisan kajian saya
bagi setiap semester. Disiplinkan diri setiap hari mesti menulis atau ada
improvement berkaitan kajian. Tiada istilah ‘tersesat’ dalam masalah atau angan-angan.
- Cekal dan Tidak Putus Asa
Semua orang bertembung cabaran dan ujian
masing-masing ketika belajar PhD. Saya juga tak terkecuali. Saya sudah
mempunyai 3 orang anak ketika belajar PhD. Ketika saya mendapat berita bakal
mendapat anak ke 4, langkah saya makin laju. Saya pastikan penulisan kajian
saya siap sepenuhnya pada awal kehamilan lagi. Walaupun ketika ini saya diuji
oleh Allah dengan masalah janin yang menekan pundi kencing sehingga saya sukar
membuang air secara normal. Ketika ini doktor memutuskan saya perlu memakai
tiub untuk seketika untuk mengelakkan kesakitan yang teramat sangat. Keadaan
ini hanya seketika. Ia berakhir selepas usia kandungan mencapai 3 bulan.
Meskipun sakit saya terus menaip tesis walaupun
sambil berdiri kerana tiub tersebut tidak membolehkan saya duduk dengan selesa.
Kerana saya percaya untuk berjaya, tiada istilah putus asa.
Ujian yang lain ialah anak saya dimasukkan ke wad
ketika menghampiri hari viva tesis saya. Dia hanya dibenarkan keluar dari
hospital sehari sebelum hari viva-voce saya. Hati resah dan berkecamuk kan?
Sabar dan redha...itulah ubatnya. Saya bertawakkal dan sandarkan semua
kepada-Nya.
- ‘Tundukkan’ Hati dan Jangan Sesekali Sombong
Ini petua untuk memudahkan sesi Viva-voce. Bila
nak masuk bilik viva, baca Bismillah..selawat banyak-banyak..baca: Lailaha Illa
Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzalimin..etc. Jangan over confident dan lebihkan
tawadhuk. Rendah diri yang ada dalam diri kita adalah kunci yang membuatkan
kita lebih dipandang tinggi. Saya juga buat persediaan yang rapi untuk sesi
viva walaupun tidak menyangka akan dipermudahkan oleh Allah Taala dengan
kenangan yang begitu manis. Alhamdulillah saya lulus viva yang berlangsung
dalam masa yang singkat tanpa perlu mempamirkan dan menghuraikan slide powerpoint
saya. Hanya menjawab beberapa soalan yang ditanya examiners.
- Niat Belajar Kerana Allah Dengan Penuh Minat
Ini perkara asas yang paling penting sebenarnya. Perkara
utama. Saya sentiasa ingatkan diri tentang niat mencari ilmu kerana Allah.
Kerana itu saya sentiasa rasa berminat mendalami kajian saya. Kerana itu juga
rasa putus asa tidak pernah menjengah fikiran saya. Saya percaya kerana itu
juga Allah permudahkan perjalanan pengajian saya dari awal hingga akhirnya.
Kerana sentiasa memperbetulkan niat Allah kurniakan saya 2 nikmat: dipermudahkan
sesi viva saya malah berturutan selepasnya, saya dianugerahkan University of
Malaya Excellence Award. Semua berlaku dengan izin-Nya. Alhamdulillah.
Akhirnya TAHNIAH saya ucapkan kepada semua yang sedang belajar peringkat
PhD atau telah lulus PhD. Perbanyakkan ibadat dan berdoa. Kuatkan semangat.
Jangan biarkan diri kalah sebelum berjuang! Anda mampu melakukannya. Insya Allah.
In Sha Allah akan dijadikan Sumber inspirasi..terima kasih atas tips yg dikongsikan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Alhamdulillah. Thank you so much. In Sha Allah I'll try to share more tips in the future ☺
DeleteSalam Dr, boleh saya tahu Dr sambung PhD full time mode atau part time mode semasa jadi pensyarah?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Full time mode masa jadi pensyarah. Ditaja sepenuhnya. Dpt duit poket jg RM900 sebulan dan bergaji penuh.
DeleteAssalamuailaikum Dr. Very good tips utk saya sambung phd nnt..in shaa allah..dr., boleh saya tahu bagaimana mahu apply jadi pensyarah ya? Saya berminat untuk menjdi seorg pensyarah.terima kasih dr. ��
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Bagus Farah ada minat nak sambung belajar. Nak apply jwtn pensyarah boleh terus apply melalui universiti yang kita pilih. Boleh jg bertanya dgn fakulti jika ada kekosongan jwtn tersebut.
DeleteGud experience Dr..doakan sy jg..sy baru daftar phd..tp perasaan takut tu masih ada..mcm2 fikir..doakn sy yer Dr.
ReplyDeleteTahniah Fienaz! Semoga tabah dan berjaya dgn cemerlang☺
DeleteMesti dah nak habis study ni ye. Maaf sy busy tak sempat update blog sekian lama.
Tahniah..kerana grad dari UM.hebat
ReplyDeleteThank you. Alhamdulillah
DeleteTerima kasih atas peekongsian. Saya makin teruja untuk sambung Phd
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih kerana sudi membaca. Teruskan cita2☺
DeleteTahniah.. Saya pun sedang menulis thesis PhD. Saya kerja full time namun PhD juga full-time. Doakan saya berjaya memperoleh PhD dlm tempoh 3 tahun di Jabatan Syariah Dan Ekonomi.
ReplyDeleteTahniah! Semoga berjaya dgn cemerlang dan kuat menghadapi cabaran☺
DeleteTerima kasih diatas perkongsian. Saya baru start full time Phd, dan saya juga full time bekerja sekarang ini. Dan lps 3 bulan daftar, saya pregnant sekarang ni Dr..takut dan mcm2 saya fikir. Pls Dr, if you have some advice for me Dr..really appreciate.tqia
ReplyDeleteAssalamu'alaikum.
DeleteNor.. Takpe. Saya jg pregnant anak keempat masa buat PhD dulu. Itu rezeki dari Allah. Tapi untuk berjaya, pengurusan masa sangat penting. Saya dulu sebaik tahu sy pregnant, sy segera menyiapkan kajian phD. Kelima2 bab siap sebelum bersalin. Kena kuat semangat. In Sha Allah, semoga Allah berikan kekuatan.
Assalamualaikum Dr..Apa kabar? Semoga Dr dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Dr, sy baru habis master awal tahun ni. Sekarang sy niat nak sambung terus ke peringkat Phd tapi sy risau sgt dgn keadaan skg terutama dlm situasi wabak penyakit Covid ni. sy nk mtk pendapat Dr, adakah lebih baik sy tangguhkan dulu niat sy nk belajar atau mencari peluang pekerjaan dahulu? Terima Kasih Dr atas perkongsian pengalaman di blog Dr ini.
ReplyDelete